Image Banner

🌿✨PELANCARAN MAJLIS ILMU UMUMI✨🌿

Bermula 17 Sept 2026

MAHABBAH RASULULLAH ﷺ
📖 Pengajian Sirah
KHULASAH NURUL YAQIN

Ayuh kita bersama-sama menyelusuri sirah dan perjalanan hidup Rasulullah ﷺ, menyemai rasa cinta kepada Baginda serta mengambil ibrah untuk membimbing kehidupan kita menuju keredaan Allah SWT.

📅 Setiap Hari Khamis
🕕 6.00 Petang
📍 Dewan Al Ghazali, Pondok Darul Furqan

🤍 Terbuka kepada semua yang ingin menuntut ilmu.
Mari hadir membawa hati, mencari ilmu dan menghidupkan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ.

📚 PRE-ORDER KITAB

Khulasah Nurul Yaqin — RM20

💳 CIMB | PONDOK
8603428054
Ref: NURULYAQIN

QR BAYARAN

📞 PIC: Dr Noraini
0135960068

> “Mencintai Rasulullah ﷺ adalah jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat.”

🌹 Jom hadir ke majlis ilmu.
Semoga langkah kita menuju majlis ilmu menjadi asbab keberkatan dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.

LAGI

INFAQ LIL WAQFI

🕌 *INFAQ LIL WAQFI* 🕌

BANGUNAN AKADEMIK PONDOK DARUL FURQAN.

*Keperluan - RM150,000.00*


💰BANK IN PONDOK DARUL FURQAN💰
CIMB : 8603428054
*Rujukan : Infaq PDF

Sebarang pertanyaan boleh hubungi/whatsapp di talian berikut:

📱wasap.my/60196494212
(Dr Mohd Zaini bin Shafiai)
📱wasap.my/60135960068
(Dr. Noraini Mohamed)

LAGI

TAHNIAH & SYABAS

🌺𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗛𝗔𝗙𝗔𝗭𝗔𝗡 𝟯𝟬 𝗝𝗨𝗭' 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 - TAHNIAH & SYABAS🌺

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH S.W.T atas limpah rahmat dan inayah-Nya, pada 24/8/2026 seorang lagi pelajar Pondok Darul Furqan telah selesai mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 Juzu' al Qur'an dengan penuh dedikasi dan ketekunan.

✨ Nama Huffaz :
NUR AFIQAH BINTI MOHD AMIN
Mula hafal : 2/9/2022
Khatam: 24/8/2026
Tempoh Hafalan : 3 Tahun 11 Bulan 22 Hari

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nur Afiqah Binti Mohd Amin atas usaha gigih,kesabaran dan istiqamah dalam menyempurnakan hafazan.

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada penghayatan ilmu al-Quran yang lebih luas dan mendalam, serta menjadi penerang buat umat.

Setinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada para asatizah, ibu bapa serta seluruh warga Pondok Darul Furqan yang tidak pernah jemu memberi bimbingan,sokongan dan doa dalam menjayakan misi suci ini.

Semoga keberkatan al-Quran terus menyinari institusi ini dan melahirkan lebih ramai huffaz yang rabbani, berakhlak al-Quran serta menjadi pemimpin ummah masa hadapan.

#PondokDarulFurqan
#Khatam30Juz
#AlQuranDiHati

LAGI

PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ 2027

TAHFIZ RENDAH DARUL FURQAN: AMBILAN PELAJAR 2027 KINI DIBUKA
"Hafiz Sebelum Baligh." Impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak membesar dengan al-Quran di dada, berilmu, dan berakhlak mulia.
Kini, pendaftaran untuk Ambilan Pelajar 2027 di Pusat Pengajian Tahfiz Rendah Darul Furqan telah dibuka secara rasmi!

KENAPA MEMILIH TAHFIZ RENDAH DARUL FURQAN?
Kami menyediakan pendidikan yang Menyeluruh & Seimbang untuk membentuk generasi Qurani masa hadapan:

📖Program Tahfiz: Hafazan al-Quran berpandukan kaedah yang berkesan.
🕌 Akademik KAFA: Pengajian KAFA yang berteraskan kurikulum JAKIM.
💻 Digital (AI): Pembelajaran moden integrasi teknologi digital terkini.
🧠 Pembangunan Sahsiah: Fokus tinggi kepada Akhlak & Disiplin, Kemahiran Hidup, serta Aktiviti Pembangunan Diri.

📍 Lokasi Kami:Lot 195936, Persiaran Sri Tambun 14, Taman Sri Tambun, 31400 Ipoh, Perak.
Pendaftaran dibuka mulai Ogos hingga Oktober 2026.

📞 DAFTAR SEKARANG! Jom bersama kami membentuk generasi Qurani, berilmu & berakhlak mulia.
Klik pautan pendaftaran https://asis.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=asis0269

atau hubungi kami terus untuk maklumat lanjut:
📱 011-5558 3360 (Pejabat)
📱 013-596 0068 (Dr. Noraini -Mudirah)
🌐 Facebook/Instagram: Tahfiz Rendah Darul Furqan

LAGI

MAJLIS PENYERAHAN ALATAN DIGITAL MAKER HUB (DMH) PONDOK DARUL FURQAN

MAJLIS PENYERAHAN ALATAN DIGITAL MAKER HUB (DMH) PONDOK DARUL FURQAN
10 Julai 2026 | Jumaat | 3.00 petang

Tentatif Majlis
3.00ptg - Ketibaan jemputan & welcome drink
3.30ptg - Majlis dimulakan
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Aluan
3. Ucapan CEO MDEC
4. Gimit Penyerahan peralatan Digital Maker Hub (DMH)dan peluncuran Program.
- Bergambar
- Lawatan ke lokasi

LAGI

JOM JADI HAFIZ SEBELUM BALIGH

JOM JADI HAFIZ SEBELUM BALIGH
Kami mencari anak -anak berusia 10 tahun Untuk mengikuti pengajian sepenuh masa Tahfiz, Akademik, KAFA dan Digital.
Tawaran Pengajian Tahfiz & Biasiswa
Ingin anak anda menghafal al-Quran sambil menguasai akademik dan kemahiran masa depan? 🌟
 
Tahfiz Rendah Darul Furqan, Tambun, Perak kini membuka pendaftaran untuk 3 program pilihan:
🟢 TADIKA — Pendidikan awal al-Quran (Umur 6 tahun)
🟢 Tahfiz Sepenuh Masa — Hafazan 30 juzuk + akademik (Umur 7+)
🟢 Tahfiz + Digital — Tahfiz, akademik & AI Digital (Umur 10+)
 
Biasiswa terhad tersedia untuk yang layak.
📞 Dr. Noraini: +6013-596 0068
📞 Dr. Zaini: +6019-649 4212
Jangan lepaskan peluang ini. Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut! "Hafiz sebelum Baligh"
LAGI

PENGAMBILAN PELAJAR TAHFIZ BERUMUR 10-12 TAHUN

🌟 TAWARAN ISTIMEWA PENGAJIAN TAHFIZ + AI (Artificial Intelligence) 🌟

MELAHIRKAN HAFIZ SEBELUM BALIGH & PAKAR TEKNOLOGI MASA HADAPAN

Alhamdulillah, hasil mesyuarat bersama pihak Bahagian Pendidikan Islam JPN hari ini membuka satu peluang yang amat besar kepada anak-anak Islam.

🎓 Bantuan khas disediakan bagi menampung yuran pengajian, malah terdapat peluang pengecualian yuran kepada pelajar yang layak untuk mengikuti program sepenuh masa yang menggabungkan:

✅ Kurikulum Akademik JPN
✅ Pengajian Tahfiz Al-Quran + KAFA
✅ Artificial Intelligence (AI) & Kemahiran Digital

📍 Tahfiz Rendah Darul Furqan kini membuka peluang kepada pelajar berumur 10 hingga 12 tahun untuk menyertai program transformasi pendidikan Islam yang menggabungkan kekuatan ilmu wahyu dan teknologi semasa.

Firman Allah SWT:

﴿ وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا ﴾

"Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."
(Surah Taha: 114)

Bayangkan anak anda: 📖 Menghafaz Al-Quran sebelum baligh.
💻 Menguasai AI dan teknologi digital sejak usia muda.
🌍 Bersedia menjadi pemimpin umat dalam dunia yang semakin mencabar.

🎯 Lebih menarik, tenaga pakar daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan hadir membimbing pelajar dalam bidang AI dan kemahiran digital terkini.

Jangan sekadar melahirkan pengguna teknologi, tetapi lahirkan pencipta teknologi yang beriman dan berakhlak.

📞 Tempat adalah terhad. Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

🏠 PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ RENDAH DARUL FURQAN

https://g.co/kgs/Fd98T5W

SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI / WHATSAPP :

📲 https://wa.me/60196494212 (Dr. Hj Mohd Zaini)
📲 https://wa.me/60135960068 (Ustzh Noraini)
📲 https://wa.me/60184097674 (Cikgu Hanani) Admin

Tahfiz Rendah Darul Furqan
"Menghafaz Al-Quran, Menguasai Teknologi, Memimpin Masa Hadapan."

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner